Saturday, October 25, 2014

Salam Ma'al Hijrah 1436H / 2014M

Salam Ma'al Hijrah 1436H / 2014M




Bismillahirrahmanirrahim,   As Salam...


Salam Jumaat dan Salam Maal Hijrah buat kalian semua. Hari ini Jumaat 24hb Oktober 2014M bersamaan 29 Zulhijjah 1435H adalah hari terakhir kita dalam Takwim Islam 1435H.


Tarikh Awal Muharram/Maal Hijrah 1436H jatuh pada hari Sabtu 25hb Oktober 2014M. 


Majlis Perhimpunan  Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan  1436H / 2014M akan di adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tema Maal Hijrah 2014:  "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"


Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Kalender Islam (Hijrah).


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah.... sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baharu di dalam takwim islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia nya di namakan bulan Allah yang khas di sebabkan besarnya kehormatannya.


Panduan Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah...


Doa Akhir Tahun di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini , Syaitan berkata:


"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada se tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya se tahun"








Doa Awal Tahun di baca 3 kali se lepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:



"Telah aman lah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"









*** Mari sama-sama kita berubah dari insan yang baik kepada insan yang lebih baik. Semoga segala amalan baik kita di terima Nya dan di berkati Nya.   InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment