Tuesday, May 6, 2014

Pembeli Yang Kurang Mampu perlu di bantu untuk memiliki rumah

Salam sejahtera.

Dalam pemerhatian saya, kemampuan mereka terutama yang baru bekerja 5 hingga 7 tahun masih terbatas untuk menyediakan wang pendahuluan 10%. Mungkin diantara mereka mempunyai komitmen keluarga seperti baru berkahwin, atau baru beli kereta dan mempunyai tanggungan untuk bayar balik pinjaman pelajaran dan sebagainya.

Sebagai keluarga baru, mereka juga mempunyai keinginan memiliki rumah sendiri untuk keluarga mereka. Namun tidak dapat dinafikan kenaikan harga rumah yang naik mendadak dalam 3 tahun kebelakangan ini, maka akan menimbulkan keresahan. Apatah lagi lagi jangkaan tahun 2015 harga hartanah akan terus meningkat. 

Apa yang dapat kami bantu adalah, menyarankan agar pihak penjual hartanah supaya boleh bertolok ansur serta bersabar agar 10% itu dibayar selepas pembeli dapat mengeluarkan duit EPF mereka. Mudahan-mudahan apa yang kami lakukan dapat membantu mereka terutamanya kaum bumiputra.

SEKIRANYA TUAN/PUAN INGIN MENJUAL RUMAH/BANGLO/FLAT/APARTMENT.......sila hubungi saya AZLI di talian 011-10692029 (di Selangor & Kawasan Nilai, Negeri Sembilan).