Kepada pelanggan yang dikasihi.
Kami menawarkan kos pembinaan sesebuah rumah di atas tanah sendiri dengan kos serendah RM 90 per kaki persegi.
Design: Mengikut kehendak pelanggan
Spec :
1) Atap - Metal Deck
2) Dinding - Batu Block IBS
3) Lantai - Tiles
4) Ceiling - Asbestos
5) Ketinggian Rumah - 11 kaki
Percuma:
1) Lampu
2) Kipas angin
2) Penapis Air Luar
3) Surat Perjanjian
TAWARAN TERHAD UNTUK 50 UNITS SAHAJA (Semenanjung M'sia)
Berminat Hubungi Hazli - 019-2792029
Kami Kontraktor yang menguruskan pembinaan Banglo Mahligai Impian Anda dengan Kos Yang Rendah Dengan Bahan Binaan IBS yang berkualiti serta pelbagai rekabentuk menarik. Tempoh pembinaan mengikut jadual dan Surat Perjanjian Disediakan. Perbincangan pengubahansuai rekabentuk dan jenis bahan material yang dikehendaki oleh Pelanggan di alu-alukan. Penjualan banglo lot juga disediakan di seluruh Malaysia. Berminat, sila hubungi AZLI 019-2792029 & 011-10692029
Wednesday, February 8, 2017
Thursday, December 29, 2016
DISKAUN AWAL TAHUN RM10K - SAH SEHINGGA 31 JAN 2017
Kepada yang berminat, sila buat tempahan segera dan hubungi Hazli @ 019-2792029
Saturday, December 24, 2016
RUMAH IBS UNTUK GENERASI KEDUA FELDA
Kopesa
koperasi pertama di Malaysia
Guna Sistem Binaan Industri, rumah siap seminggu
FARIK SALLEH | 16 Disember 2016 12:10 AM
HALIMAH MOHAMED SADIQUE memotong
riben merasmikan Rumah Contoh Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia di Felda Air Tawar
3, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. UTUSAN/FARIK SALLEH
KOTA
TINGGI 15 Dis. - Koperasi Peneroka Felda Sungai Sayong Kulaijaya Berhad
(Kopesa) menjadi koperasi pertama melaksanakan pembinaan rumah menggunakan
Sistem Binaan Industri (IBS) yang mampu disiapkan dalam tempoh seminggu. Pengerusinya,
Mhd. Tazri Sidek berkata, menerusi pembinaan rumah contoh itu, koperasi
berkenaan yang sudah wujud 43 tahun yakin generasi kedua Felda tersebut dapat
merebut peluang menceburi bidang pembinaan menggunakan kaedah berkenaan.
“Ilham
untuk terlibat dapat pembinaan IBS ini timbul ketika kami mendapat rumah
generasi kedua di kampung. Kami melakukan perbincangan dan bersetuju untuk
mengambil peluang kerana tidak mahu pembangunan dan peluang itu berlalu begitu
sahaja.
“Alhamdulillah
kita dapat siapkan rumah contoh menggunakan sistem eco light weight wall panel
ini dan kami yakin rumah ini mampu menjadi permulaan untuk Kopesa melangkah
lebih jauh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Rumah Contoh Rumah
Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Menggunakan IBS Eco Light Weight Wall Panel di
Felda Air Tawar 3, dekat sini baru-baru ini.
Majlis
berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Ahli Parlimen
Tenggara. Mhd.
Tazri berkata, rumah contoh itu dibina sebagai syarat wajib dikenakan Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membolehkan Kopesa menjadi kontraktor IBS.
Menurutnya,
meskipun tempoh diberikan SPNB adalah 45 hari, namun Kopesa berjaya menyiapkan
sebuah rumah dalam masa tujuh hari waktu bekerja.
“Diharapkan
pembinaan dengan cara IBS ini akan memberi manfaat selain dapat meningkatkan
ekonomi, peluang pekerjaan kepada genersi kedua supaya mereka boleh terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam bidang ini,” katanya.
-
See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/kopesa-koperasi-pertama-di-malaysia-1.420250#sthash.7CYko3X2.dpuf
Friday, November 18, 2016
PEMAJU, KONTRAKTOR HARUS DIBERI INSENTIF CUKAI IBS
Naib Presiden
Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Tan Sri A.K Nathan berkata,
pendedahan kepada penggunaan IBS bukan sahaja membabitkan pengeluar komponen
tersebut semata-mata sebaliknya turut dimainkan golongan pemaju dan kontraktor.
Katanya, pengeluar
IBS boleh mendapat manfaat tetapi insentif itu harus diberikan kepada kumpulan
yang betul sekali gus dapat membantu merangsang penggunaan IBS dalam sektor
pembinaan.
“Ini merupakan
antara sebab mengapa usaha untuk meningkatkan penggunaan IBS masih belum
berjaya sehingga kini. Jika perkara ini tidak diambil tindakan sewajarnya, maka
kita akan terus ketinggalan mungkin dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang,”
katanya.
Beliau berkata
demikian dalam sidang akhbar selepas Forum IBS yang diadakan dengan kerjasama
MIDA dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada Ekspo Perumahan IBS
sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW ) 2016 di sini hari ini.
Forum bertajuk
Kemudahan, Insentif dan Cabaran Dalam Pelaksanaan IBS di Malaysia itu
dikendalikan Pengerusi CIDB Holdings Sdn. Bhd., Datuk Seri Ir. Judin Abdul
Karim.
Ia turut disertai
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Phang Ah Tong; Pengarah Bandar
Utama Development Sdn. Bhd., Tan Sri Teo Chiang Hong; Pengarah Pembangunan
Perbankan dan Enterprise SME Bank, Abd. Karim Ahmad dan Penasihat Teknikal
Peninsular Precast, Ir. Mohd. Sabri Abdullah.
ICW dianjurkan CIDB
bertemakan Memacu Produktiviti Dalam Pembinaan memberi tumpuan kepada
pembangunan teknologi seperti IBS dalam sektor pembinaan.
MIDA menyediakan
kemudahan fiskal dan bukan fiskal untuk menarik syarikat-syarikat menggunakan
kaedah IBS. Syarikat yang mengeluarkan komponen IBS layak untuk memohon
insentif cukai daripada MIDA sama ada dalam bentuk Pioneer Status atau
Investment Tax Allowance (ITA).
Di bawah insentif
itu, mesin, peralatan atau bahan mentah yang diimport bagi mengeluarkan
komponen IBS dan tidak terdapat di dalam negara boleh memohon pengecualian
cukai import.
Sementara itu,
Nathan berkata, penggunaan IBS tidak boleh bergantung kepada sektor swasta
semata-mata kerana kerajaan juga mempunyai banyak projek pembinaan.
“Dalam konteks ini,
kerajaan boleh menggalakkan IBS digunakan sekitar 50 hingga 70 peratus dalam
projek-projek tersebut walaupun mungkin tidak mencapai 100 peratus.
“Jadi, tidak
mustahil kita mempunyai keupayaan untuk membangunkannya di dalam negara tanpa
perlu melihat kepada pembangunan baharu di luar negara,” katanya.
Saturday, October 29, 2016
IBS Interlocking Bricks
Kelebihan BATA IBS interlocking bricks
1) Teknologi mesra alam.
2) Penjimatan penggunaan acuan.
3) Tidak perlu plaster.
4) Tiada pembaziran bahan binaan.
5) Tapak binaan yang bersih dan kemas.
6) Ruang dalaman lebih sejuk.
7) Penampilan yang elegen dan esklusif.
8) Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
2) Penjimatan penggunaan acuan.
3) Tidak perlu plaster.
4) Tiada pembaziran bahan binaan.
5) Tapak binaan yang bersih dan kemas.
6) Ruang dalaman lebih sejuk.
7) Penampilan yang elegen dan esklusif.
8) Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
Berminat untuk buat rumah dengan IBS Interlocking?.....Nak lawat tapak projek dahulu pun boleh, sila hubungi Hazli 011-10692029 / 019-2792029

Monday, October 24, 2016
Harga Promosi Berakhir pada 30 Sep 2016
Harga Promosi Tahun 2016 telah pun berakhir. Kini harga pembinaan rumah kembali kepada harga asal dengan kadar RM 100 pkp pada keadaan spec "basic"
Contoh: Model Zalfa
Harga Promosi = RM 90K
Harga sekarang = RM 110K
Sila rujuk di bahagian "Banglo Mampu Milik 2016".
Terima kasih.
Contoh: Model Zalfa
Harga Promosi = RM 90K
Harga sekarang = RM 110K
Sila rujuk di bahagian "Banglo Mampu Milik 2016".
Terima kasih.
Sunday, September 25, 2016
Rumah Teres TETAP MAHAL...... Walaupun Ekonomi Gawat
AMAT
mengejutkan apabila kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga
rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan
piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji
tahunan sebenar rakyat Malaysia.
Pendedahan oleh Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Wardini
Mokhzani itu sangat membimbangkan memandangkan jumlah pendapatan bulanan
khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak seiring dengan peningkatan harga
rumah secara mendadak walaupun projek tersebut dibangunkan di sebuah pekan
kecil.
Sebagai contoh sebuah rumah teres dua tingkat saiz 20 x 70 di
Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini dijual dari (minimum) RM328,800
dan harga sebuah rumah teres setingkat saiz yang sama adalah dari (minimum)
RM198,800.
Itu harga rumah di Batu kikir, cuba lihat pula projek-projek
perumahan di sekitar bandar Seremban yang rata-ratanya rumah dua tingkat
bersaiz 20 x 70 atau yang besar sedikit 22 x 80 adalah dalam lingkungan
RM400,000 hingga RM700,000 iaitu bergantung kepada lokasi projek.
Dengan harga setinggi itu pemilik rumah terpaksa membayar
ansuran bulanan antara RM1,800 sehingga RM2,500 selama 30 tahun. Cuba bayangkan
berapakah baki gaji mereka setiap bulan selepas sebahagian besarnya digunakan
untuk membayar ansuran rumah, dalam masa sama mereka juga terpaksa melunaskan
pinjaman lain seperti kereta, pinjaman peribadi, bil-bil, nafkah keluarga dan
persekolahan anak.
Sementara itu, bagi kategori rumah berkembar rata-rata harga
yang ditawarkan di Seremban bermula daripada RM700,000 hingga ke jutaan ringgit
dan rumah banglo pula kebanyakannya sudah melepasi harga RM1 juta hingga RM2
juta yang sememangnya sukar untuk dimiliki terutama bagi mereka yang
berpendapatan sederhana.
Melihat harga rumah di Bandar Baru Bangi yang sebahagian besar penduduknya
adalah dalam kalangan orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Peningkatan
harga di lokasi ini cukup mendadak sehingga tiada rumah yang berharga RM350,000
ke bawah walaupun rumah tersebut merupakan sebuah rumah lama yang pada asalnya
dibeli dalam sekitar RM60,000 sahaja.
Malah seorang rakan penulis yang tinggal di bandar itu
memberitahu rumah teres dua tingkat yang didiaminya sekarang jika dinilai kini
sudah melebihi RM500,000 berbanding harga asal yang dibeli sebelum ini (10
tahun lepas) cuma sekitar RM170,000.
Beliau turut memaklumkan rata-rata rumah di Bandar Baru Bangi
telah mencecah jutaan ringgit terutama bagi kategori rumah berkembar dan
banglo. Bagi sebuah rumah berkembar katanya, harganya dalam lingkungan RM1.7
juta yang hanya golongan berada sahaja mampu memilikinya dan jika
ditinjau-tinjau berapa jumlah orang Melayu yang tergolong dalam kategori itu?
Sedangkan untuk memiliki sebuah rumah teres dua tingkat berharga
melebih RM500,000 pun bukan mudah bahkan terpaksa berkongsi dengan pasangan
yang bekerja bagi melayakkan pinjaman dibuat di bank-bank. Apatah lagi dengan
syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan terhadap
pemohon pinjaman perumahan sebelum kelulusan diberikan.
Bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan ketika ini
lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Ada seorang rakan
penulis yang berusia sekitar awal 30-an membuat permohonan pinjaman perumahan
bersama-sama isterinya, seorang pegawai sebuah badan berkanun untuk memiliki
sebuah rumah pertama mereka berharga kira-kira RM400,000 tetapi malangnya
ditolak. Jika diperhatikan secara zahir mereka berdua tiada masalah untuk
membuat permohonan tersebut tetapi masing-masing tidak pula tahu sebab-sebab
permohonan itu ditolak.
Lihat pula projek perumahan di Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Putrajaya, harga yang ditawarkan bagi penulis tidak akan mampu
dimiliki oleh pegawai-pegawai kerajaan apatah lagi kakitangan bawahan kerana
terlalu mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.
Rata-rata rumah yang dibina di Putrajaya harga minimum yang
ditawarkan melebihi RM500,000, itu pun cuma sebuah apartment/ kondominium
berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi (kps) dan harga sebegitu sukar untuk
dimiliki oleh kakitangan serta pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana.
Hanya pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Turus dan Jawatan
Utama Sektor Awam (JUSA) sahaja yang dilihat mampu memiliki hartanah seumpama
itu.
Inilah realiti yang terpaksa dihadapi ekoran harga rumah terlalu
mahal. Persoalannya, bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku?
Bercakap kepada Utusan Malaysia baru-baru ini, Pensyarah Fakulti
Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk
Dr. Amir Hussin Baharuddin, rata-rata pemaju yang terdiri daripada
syarikat-syarikat gergasi tumpuan mereka adalah untuk mengejar keuntungan
berbanding menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat.
“Sedangkan kos bagi membina sebuah rumah yang dijual pada harga
RM200,000 hanyalah separuh daripada itu namun para pemaju sesuka hati menaikkan
harga bagi memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda,”
ujarnya.
Pandangan yang dilontarkan oleh Amir Hussin ini tidak harus
dipandang sepi kerana kerakusan pemaju-pemaju demi mengejar keuntungan semata-mata
telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
Menyentuh isu sama Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan
dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Datuk Dr. Muhyiddin
Ramli menekankan berhubung keperluan menggubal undang-undang yang dapat
mengawal harga rumah secepat mungkin supaya golongan berpendapatan rendah dan
sederhana berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Kata Muhyiddin, akta itu penting bagi membantu kerajaan
menangani kenaikan harga rumah yang semakin melampau. Meskipun katanya,
terdapat polisi yang menetapkan setiap projek perumahan perlu terdiri daripada
30 peratus kediaman kos rendah dan mampu milik namum polisi itu tidak mampu
menangani isu kenaikan harga rumah kerana ia hanya berbentuk garis panduan.
“Ada pemaju yang sanggup tidak mengikut polisi walaupun terpaksa
membayar penalti kerana keuntungan yang diperoleh mereka cukup tinggi,” kata
Muhyiddin lagi.
Pandangan ini cukup berasas dan sesuatu perlu dilakukan terutama
dalam konteks penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang kenaikan rumah
melampau daripada terus berlaku.
Apa pun langkah kerajaan membina sejuta rumah mampu milik (harga
RM300,000 dan ke bawah juga berdasarkan lokasi) khusus untuk golongan sasar
sehingga tahun 2018 adalah amat dialu-alukan. Antara Januari 2013 hingga Jun
lalu sebanyak 17.1 peratus atau 194,456 rumah mampu milik siap dibina, diikuti
15.7 peratus atau 178,922 unit rumah masih dalam pembinaan dan 30.7 peratus
atau 349,631 unit rumah pelbagai kini di peringkat perancangan.
Bagi golongan berpendapatan rendah pula mereka layak memohon
Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah-rumah murah yang dibina oleh
kerajaan-kerajaan negeri. Perlu juga dipastikan hanya permohonan golongan sasar
dan mereka yang berkelayakan sahaja diterima berdasarkan syarat-syarat yang
telah ditetapkan. Jangan nanti golongan yang mahu membuat keuntungan diberikan
pemilikan rumah seperti itu melalui pelbagai cara sama ada sah atau tidak dan
jika itu yang berlaku sudah tentu amat mengecewakan.
Sekiranya isu ini tidak diambil perhatian, masalah pemilikan
rumah dalam kalangan rakyat negara ini akan terus berlarutan dan paling malang
sekali apabila generasi akan datang menjadi mangsa.
Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke
20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang. Mungkin
sebuah apartment di Seremban boleh mencecah RM700,000 hingga RM 1juta. Mungkin
pada masa itu kategori rumah teres sahaja melebihi RM1 juta manakala harga
sebuah rumah berkembar dan banglo tidak tergambar pula harganya. Sehubungan itu
langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah
secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik.
****Sumber Utusan
Online***
Tuesday, September 6, 2016
Pelbagai Design Mahligai Dan Harga Menarik Sedang Menanti Anda
Assalam mualaikum,
Kepada tuan/puan yang bercadang untuk membina MAHLIGAI idaman di atas tanah sendiri, kami menawarkan pelbagai design dengan harga yang sangat menarik bermula dari RM 90K hingga 1.7M.
*******Jangan Berlengah lagi, sila hubungi @ 011-10692029 Atau terus berjumpa En Azli.******
Kami sedia berjumpa anda di mana sahaja Semenanjung Malaysia.
Untuk Sabah & Sarawak penambahan harga RM10K untuk kos pengangkutan.
Kepada pemaju-pemaju perumahan juga dialu-alukan demi menjayakan projek anda, kami sedia berkerjasama.
Kepada tuan/puan yang bercadang untuk membina MAHLIGAI idaman di atas tanah sendiri, kami menawarkan pelbagai design dengan harga yang sangat menarik bermula dari RM 90K hingga 1.7M.
*******Jangan Berlengah lagi, sila hubungi @ 011-10692029 Atau terus berjumpa En Azli.******
Kami sedia berjumpa anda di mana sahaja Semenanjung Malaysia.
Untuk Sabah & Sarawak penambahan harga RM10K untuk kos pengangkutan.
Kepada pemaju-pemaju perumahan juga dialu-alukan demi menjayakan projek anda, kami sedia berkerjasama.
Wednesday, August 31, 2016
Tapak Rumah Mampu Milik
Tapak Rumah Mampu Milik
Serendah RM 75K, anda mampu memiliki Tapak Rumah:
1) Keluasan Minimum 5,000 kp – Geran berkongsi
a. Berdekatan dengan bandar kecil (radious 5KM)
b. Mempunyai kemudahan asas yang sediaada
c. Mempunyai fasiliti seperti kedai, restoran, bank, sekolah, masjid/surau sediada
d. Lokasi seperti Sepang, Banting, Semenyih, Hulu Langat, Rawang, Kuala Selangor.
2) Keluasan Minimum 1 EKAR – Geran individu
a. Sebagai persediaan awal tempat tinggal selepas persaraan
b. Sebagai lokasi istirehat di hujung minggu
c. Sebagai tempat riadah bersama keluarga
d. Riadah berkebun dan menuai hasil sayuran dan buah-buahan
e. Boleh jadikan sumber pendapatan dari projek pertanian
f. Lokasi agak jauh dari bandar kecil (radius 30KM)
Cara pembayaran adalah TUNAI,
30% = Tempahan / Booking
30% = Semasa Tandatangan SPA (3 minggu selepas bayaran booking)
40% = Setelah mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk memasukan kesemua nama pembeli ke dalam satu (1) Geran.
Untuk keterangan lanjut sila Hubungi Azli 011-10692029 atau layari:
JUALAN KINI DI BUKA UNTUK TAPAK RUMAH
@ KG SALAK, SEPANG
5,000 kp = RM 85K sahaja
Saturday, March 28, 2015
Tuesday, November 11, 2014
7 Cara Memanfaatkan Dana KWSP Anda
1.Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini hanya akan digunapakai kepada individu yang kehilangan upaya secara fizikal atau mental untuk terus bekerja. Doktor pakar, kedua-duanya datang sama ada dari hospital awam ataupun swasta mestilah menilai ketidakupayaan individu dan menyediakan laporan , yang akan disertakan didalam borang permohonan. mestilah tidak berkerja untuk mengeluarkan dana KWSP.
Had Pengeluaran
Keseluruhan dana KWSP.
Maklumat Tambahan
- Selain dari mengeluarkan keseluruhan dana KWSP , ahli juga layak untuk menerima RM 5000 sekali sahaja sebagai manfaat hilang upaya dari KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat disini
- Sekiranya individu berkerja semula selepas memohon pengeluaran hilang upaya, dia perlu mencarum kembali berdasarkan kadar yang ditetapkan.
- Ahli akan menerima dividen yang diumumkan pada tahun pengeluaran.
2. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini ditawarkan kepada individu yang ingin membiayai pengajian peringkat lebih tinggi di institut yang disahkan Samada tempatan ataupun antarabangsa. Ianya sah untuk ahli dan anaknya. Tambahan, pengeluaran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan.
Kos yang ditanggung adalah yuran pengajian, kos penginapan dan pengeluaran menyelesaikan pinjaman pendidikan.
Had Pengeluaran
Yuran Pengajian atau seluruh Akaun 2 (Yang mana lebih rendah)
Maklumat Tambahan
- Individu boleh memohon pengeluaran bagi setiap semester ataupun tahun akademik. Setiap pengeluaran berikutnya, adalah wajib bagi mengemukakan borang permohonan berserta dokumen sokongan atau layari di http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_Oktober_2012__BM_.pdf
- Bagi yang telah membuat bayaran kepada Institusi pengajian tinggi, masih boleh memohon pengeluaran dana
- Pengeluaran ini tidak sah bagi individu yang menerima tajaan pendidikan. (Biasiswa, bantuan pendidikan ataupun pinjaman pendidikan).
3. Pengeluaran bagi pekerja yang berpencen dan Bersara pilihan.
Ahli KWSP yang masih berkerja di sektor awam dan layak untuk menerima pencen adalah layak untuk mengeluarkan dana melalui skim pengeluaran pekerja berpencen.
Pengeluaran Pilihan bersara pula membenarkan ahli yang ingin bersara awal dari sektor awam
Had Pengeluaran
Semua dana yang dicarum oleh ahli, termasuk dividen yang diperolehi , setelah ditolak dari dana yang disumbangkan oleh kerajaan kepada dana persaraan (Kumpulan Wang Amanah Persaraan).
Maklumat Tambahan
- Berikutan pengeluaran pekerja berpencen, individu itu tidak lagi dikira sebagai ahli EPF setelah membuat seluruh pengeluaran dari simpanan. Jika dia dilantik semula dan dengan sektor swasta pada masa hadapan, dia perlu untuk menyumbang semula kepada KWSP dengan menggunakan nombor ahli yang sama.
- Individu boleh memilih untuk terus mencarum walaupun selepas membuat pengeluaran dengan mengisi borang KWSP 6A (1). Kadar caruman yang ditetapkan adalah tidak kurang RM 50.00 dan tidak melebihi RM 5000.00 sebulan. Walaubagaimanapun, dana yang dicarum adalah dari gaji individu itu sahaja, dan majikan tidak perlu mencarum.
4. Pengeluran Untuk Pelaburan Ahli
Melalui skim ini, ahli dengan simpanan yang melebihi Akaun 1 simpanan asas sekurang-kurangnya RM 5000, boleh mengeluarkan 20% dari jumlah lebihan untuk dilaburkan kepada Fund Management Institution yang disahkan oleh Kementerian Kewangan.
Jadual ini menunjukkan simpanan asas menurut umur ahli. Sila layari
Had Pengeluaran
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan formula :
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%
Maklumat Tambahan
- Bergantung kepada simpanan ahli dalam akaun 1, pelaburan berikutnya hanya boleh dilakukan selepas 3 bulan dari transaksi sebelumnya.
- Apabila dana pelaburan dijuala, dana dan keuntungan akan dipulangkan ke Akaun 1 ahli.
- Ahli tidak dibenarkan untuk mengeluarkan dana dari pelaburan.
- Dividen EPF akan dikira berdasarkan jumlah yang tinggal dalam Akaun EPF. Amaun yang dikeluarkan tidak dikira sebagai dana EPF.
- Tidak ada caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui FMI.
5. Pengeluaran bagi Dana Melebihi RM 1 Juta
Pengeluaran ini membenarkan untuk ahli mengeluarkan simpanan sekiranya baki sekurang-kurangnya RM 1.05 Juta
Had Pengeluaran
Tidak kurang dari RM 50,000 dari akaun 2. Jika tidak mencukupi ,baki dari akaun 1 akan diambil.
Maklumat Tambahan
- Jumlah simpanan mestilah dalam bentuk tunai sahaja didalam EPF dan tidak termasuk amaun pelaburan dibawah pengurus dana bertauliah.
- Pengeluaran hanta boleh dilakukan setiap 3 bulan, dan permohonan baru mesti dikemukakan bagi setiap kali urusan.
6. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran bagi tujuan kesihatan membenarakan ahli mengeluarkan amaun dari akaun 2 untuk membayar perbelanjaan rawatan kesihatan bagi penyakit yang kritikal DAN/ATAU untuk membeli peralatan kesihatan, seperti yang diluluskan oleh Lembaga KWSP, untuk kegunaan sendiri ataupun ahli keluarga yang dibenarkan.
Had Pengeluaran
Kos sebenar bagi rawatan ataupun seluruh akaun 2 ( Yang mana lebih rendah)
Maklumat Tambahan
- Sekiranya majikan telah menanggung sebahagian kos rawatan perubatan, ahli masih boleh mengeluarkan baki sebahagian baki lagi tertakluk kepada baki akaun 2
- Senarai penyakit kritikal yang dibenarkan oleh KWSP boleh disemak di http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/177735/Risalah_Kesihatan_Mac_2013__BM_.pdf
7.Pengeluaran Haji
Mulai tahun 2013, ahli dibenarkan mengeluarkan caruman dari akaun 2 untuk menunaikan ibadah haji. Amaun yang dibenarkan adalah untuk menanggung kos asas , dan bukanlah keseluruhan kos ibadah. Ini bertujuan untuk pengeluaran haji tidak akan mengganggu simpanan persaraan.
Untuk layak menggunakan skim ini, salah satu syarat ini mestilah dipenuhi:
- Berusia dibawah 55 tahun, menerima surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan status ‘DIPILIH’.
- Ahli dengan kekurangan baki simpanan dalam LTH.
Had Pengeluaran
Ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan pada jumlah yang mana lebih rendah dari dua kaedah:
- Simpanan Ahli di LTH : Jumlah kos ibadah haji <RM 3000
- Baki Akaun 2
Jumlah kos keseluruhan , seperti ditetapkan oleh LTH , bergantung kepada tahun semasa. Buat masa sekarang, bagi peserta haji kali pertama, kos adalah RM 9,980. Dinyatakan bahawa kos yang disubsidikan (RM 6175) oleh LTH bagi peserta kali pertama. Subsidi ini tidak ditawarkan kepada ahli yang telah menunaikan haji.
Maklumat Tambahan
- Pengeluaran KWSP bagi menunaikan Haji ditawarkan hanya sekali kepada semua ahli
Kesimpulan
Terdapat pelbagai cara bagi pengeluran KWSP yang kurang diketahui. Adalah penting untuk merencana sebelum mengeluarkan wang simpanan dari akaun KWSP. Simpanan ini mungkin akan berguna pada masa hadapan. Untuk senarai perkhidmatan KWSP boleh dirujuk di laman web KWSP.
Monday, November 10, 2014
Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan
Pada Q3 2013 , Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan garis panduan baru kepada bank-bank mengenai pembiayaan semula gadai janji. Sebelum ini , sesiapa sahaja boleh membiayai semula rumah mereka dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun. Di bawah garis panduan baru , apa-apa wang tunai yang dikeluarkan daripada jumlah pembiayaan semula akan dihadkan tempoh bayaran balik 10 tahun. Ramai orang kini bertanya, bolehkah seseorang mengelakkan daripadanya?
Garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha BNM untuk mengurangkan jumlah hutang dalam ekonomi, dan juga menyejukkan aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah yang didorong oleh pinjaman pembiayaan semula.
Kesan garis panduan
Sebelum ini, anda boleh membiayai semula rumah anda sehingga 90% daripada nilai pasaran. Jumlah wang tunai boleh digunakan untuk sebarang tujuan. Ini termasuk pelaburan dalam hartanah dan rumah. Amalan sebegini biasa di kalangan pelabur hartanah bersiri. Tempoh pinjaman maksimum mengikut garis panduan yang ada untuk pinjaman perumahan iaitu 35 tahun.
Andaikan rumah bernilai RM400,000, baki tertunggak pinjaman perumahan adalah RM150,000, kadar faedah pada 4.6% dan margin of finance adalah 90% daripada nilai pasaran.
Contoh pengiraan pembiayaan semula di bawah kaedah-kaedah lama :
Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
Tunai Daripada Jumlah = RM210,000 Jumlah Refinance = RM360,000 Tempoh = Max 35 tahun Jumlah Ansuran Bulanan = RM1,726.09Tempoh = Max 35 tahun
Ansuran Bulanan = RM719.20
Tempoh = Max 10 tahun
Ansuran Bulanan = RM2,186.54
Jumlah Ansuran Bulanan
= RM719.20 + RM2,186.64
= RM2,905.84
Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
Tunai Daripada Jumlah = RM210,000
Jumlah Refinance = RM360,000
Ia merupakan perbezaan sebanyak RM1,179.75 sebulan!
Adakah kesan lain?
Selain itu, garis panduan yang baru ini akan mengakibatkan kemunculan semula pinjaman perumahan dengan kemudahan overdraf yang popular pada suatu masa yang dahulu sebelum kemunculan pinjaman Full Flexi.
Saturday, November 8, 2014
Bagaimanakan GST akan Mempengaruhi Harga Rumah & Pasaran Hartanah?
Dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, ramai rakyat Malaysia prihatin dengan kesannya terhadap harga. Ia adalah tidak dapat dinafikan bahawa harga hartanah kediaman juga akan dipengaruhi. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana harga hartanah kediaman akan dipengaruhi oleh GST pada masa depan.
Untuk menilai kesan GST terhadap harga rumah (atau hartanah kediaman) secara lebih tepat, ia adalah penting untuk memahami bagaimana GST dilaksanakan (Klick di sini untuk penjelesan yang lebih terperinci dan mudah difahami mengenai bagaimana GST berfungsi di Malaysia). Selain daripada GST, kita mestilah juga mempunyai kefahaman tentang Cukai Jualan, di mana ia merupakan skim cukai kini yang mempengaruhi sektor hartanah. GST akan menggantikan Cukai Jualan pada April 2015.
Skim Cukai ke atas Harga Hartanah Kediaman – Persamaan
Kita perlulah mengenal pasti persamaan antara kedua –dua skim cukai ini sebelum membuat bandingan.
Persamaan antara GST dan Cukai Jualan kini adalah tiada cukai dikenakan atau akan dikenakan terhadap pengguna dalam pembelian rumah/hartanah kediaman. Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (tetapi sila mengambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap pengguna sekirannya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”).
Walau bagaimanapun, dalam proses pembuatan produk akhir ini (juga dikenali sebagai peringkat input dalam istilah cukai). Di bawah kedua-dua skim cukai ini, pemaju akan dikenakan cukai semasa pembelian input dan bahan-bahan mentah mereka. Dan ini menyebabkan perbezaan mula menjadi jelas antara kedua-dua skim cukai ini. Kadar cukai untuk input dan bahan-bahan adalah berbeza antara GST dan Cukai Jualan
Cukai Jualan vs GST ke atas Hartanah Kediaman – Perbezaan
Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan. Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.
Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini mestilah akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.
Jika anda memahami bagaimana GTS dilaksanakan, kebanyakannya, kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar). Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir – Pemaju. Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan.
Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman. Walau bagaimanpun, seseorang itu tidak patut terlalu gembira untuk pekara ini. Ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secra tersirat.
Sebelum & Selepas GST – Perbandingan
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara kos sesebuah hartanah yang baru sebelum dan selepas GST. Cukai dan kos tertentu yang terlibat dalam jualan kepada pengguna akhir telahpun diringkaskan untuk tujuan perbandingan ini. Selain itu, satu andaian juga dibuat bahawa pemaju adalah mampu untuk memindahkan 100% cukainya kepada pengguna melalui harga jualan.
Contoh di atas menunjukkan harga hartanah kediaman yang baru telah meningkat sebanyak 3.41% selepas pelaksanaan GST. Namun, terdapatnya satu kelebihan bagi hartanah kediaman.
Secara keseluruhan, hartanah kediaman yang baru mempunyai peningkatan bebanan cukai yang lebih rendah berbanding dengan Hartanah Komersil yang merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”. Ini disebabkan bahawa pemaju bagi hartanah kediaman mungkin hanya akan memindahkan sebahagian dan bukan seluruh kenaikan kos cukainya ke dalam harga jualan akhir.
Kelemahan pada hartanah kediaman adalah penetapan harga untuk hartanah komersil akan lebih telus (Harga Jualan + GST), manakala harga hartanah kediaman yang baru akan melambung. Ini, kemudiannya, pastilah akan mempunyai kesan tidak langsung terhadap harga hartanah kediaman yang di pasaran sekunder.
Kesimpulan
Sebagai pembeli rumah/hartanah kediaman, ia adalah penting untuk mengetahui apakah kesan bagi pelaksanaan GST terhadap harga hartanah kediaman pada masa depan. Jika anda terlangkau keseluruhan artikel ini, sini adalah semua pandangan utama tentang artikel ini:
1) Dengan pelaksanaan GST, ia akan mempunyai peningkatan sekali bagi harga hartanah
2) Walaupun pemaju tidak dapat mengenakan GST kepada pembeli rumah, namun mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat
3) Secara umumnya, kenaikan harga untuk hartanah kediaman baru akan lebih rendah berbanding dengan hartanah komersil baru
4) Hartanah kediaman yang di pasaran sekunder juga akan menerima kesan tidak langsung dalam harganya.
Melengkapi diri dengan ilmu ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai bilakah patut membeli rumah anda.
New Listing (KL / Selangor) 09 Nov 2014
1) Kajang, Taman Kajang Utama, Teres 1 sty, LA=1300 sqft, 20'x65', 3R 1B, Freehold, Non-Bumi Lot, Fully renovated plaster ceiling & tilling & kitchen cabinet, Price RM 370K (nego) - Nik Hajar
2) Kajang, Taman Kajang Utama, Teres 1 sty, LA=1300 sqft, 20'x65', 3R 1B, Freehold, Non-Bumi Lot, Basic Unit, Price RM 315K (nego) - Nik Hajar
3) Kajang, Taman Angkasa Indah, Teres 2 sty, 20'x70', 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 500K (nego) - Nik Hajar
4) Kajang, Taman Angkasa Indah, Bunglow 2 sty, LA=5100 sqft, BU=2800 sqft, 5R 4B, Freehold, Non-Bumi Lot, Price RM 1.2 mil (nego) - Nik Hajar
5) Kajang, Saujana Villa Kajang, Semi-D 2 sty, LA=40'x80', BU=3157 sqft, 5R 5B, Freehold, Bumi Lot, Gated & Guarded, Price RM 1.17 mil (nego) - Azim
6) Kajang, Tiara Residence Kajang, Bunglow 2 & half sty, 5R 5B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 2.5 mil (nego) - Fadillah
7) Kajang, Taman Puncak Saujana Kajang, Teres 2 sty (end-lot), 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 680K (nego) - Liana
8) Semenyih, Sunway Semenyih, Bunglow 2 sty, LA=5274 sqft, BU=2800 sqft, 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 880K (nego) - Azim
9) Semenyih, Taman Pelangi Semenyih, Teres 2 sty, 20'x70', 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, NEW UNIT, Price RM 480K (nego) - Azim
10) Bangi, Bandar Baru Bangi Seksyen 5, Semi-D 2 sty, LA=35'x80', BU=2500 sqft, 5R 3B, Freehold, Bumi Lot, Fully furnish, Price RM 890K (nego) - Azim
11) Bangi, Bangi Avenue, Teres 2 sty, 20'70', 4R 4B, Freehold, Bumi Lot, Gated & Guarded, NEW Unit, Price RM 550k (nego) - Azim
2) Kajang, Taman Kajang Utama, Teres 1 sty, LA=1300 sqft, 20'x65', 3R 1B, Freehold, Non-Bumi Lot, Basic Unit, Price RM 315K (nego) - Nik Hajar
3) Kajang, Taman Angkasa Indah, Teres 2 sty, 20'x70', 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 500K (nego) - Nik Hajar
4) Kajang, Taman Angkasa Indah, Bunglow 2 sty, LA=5100 sqft, BU=2800 sqft, 5R 4B, Freehold, Non-Bumi Lot, Price RM 1.2 mil (nego) - Nik Hajar
5) Kajang, Saujana Villa Kajang, Semi-D 2 sty, LA=40'x80', BU=3157 sqft, 5R 5B, Freehold, Bumi Lot, Gated & Guarded, Price RM 1.17 mil (nego) - Azim
6) Kajang, Tiara Residence Kajang, Bunglow 2 & half sty, 5R 5B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 2.5 mil (nego) - Fadillah
7) Kajang, Taman Puncak Saujana Kajang, Teres 2 sty (end-lot), 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 680K (nego) - Liana
8) Semenyih, Sunway Semenyih, Bunglow 2 sty, LA=5274 sqft, BU=2800 sqft, 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, Price RM 880K (nego) - Azim
9) Semenyih, Taman Pelangi Semenyih, Teres 2 sty, 20'x70', 4R 3B, Freehold, Bumi Lot, NEW UNIT, Price RM 480K (nego) - Azim
10) Bangi, Bandar Baru Bangi Seksyen 5, Semi-D 2 sty, LA=35'x80', BU=2500 sqft, 5R 3B, Freehold, Bumi Lot, Fully furnish, Price RM 890K (nego) - Azim
11) Bangi, Bangi Avenue, Teres 2 sty, 20'70', 4R 4B, Freehold, Bumi Lot, Gated & Guarded, NEW Unit, Price RM 550k (nego) - Azim
Subscribe to:
Posts (Atom)










