Tempahan & Bayaran

1) Kami akan  berjumpa dengan pelanggan dan memberi penerangan lengkap.



2) Syarikat akan menghantar wakil Arkitek atau Kontraktor menjalankan pemeriksaan kesesuaian tanah dan mengukur tapak.

3) Isi borang tempahan Banglo bersertakan dengan 3 salinan IC hadapan dan belakang, 3 salinan geran tanah, surat kebenaran bina rumah jika geran tanah tiada nama pelanggan dan perlu disertakan sekali.


4) Tempoh Agreement akan disiapkan oleh peguam dalam masa 7 hari hingga 14 hari selepas pembayaran 10% deposit daripada harga rumah. 


5) Agreement yang telah siap ditandatangani oleh Pengarah syarikat akan di serahkan kepada Peguam untuk proses stamping. Perjanjian termasuk harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak beserta dengan Bill Arkitek.


6) Setelah selesai proses stamping, salinan agreement akan diserahkan semula kepada pelanggan. 


7) 10% daripada harga Bangunan pada tarikh perjanjian ditandatangani sebagai bayaran pertama;


8) 40% daripada harga Bangunan sebagai bayaran kedua dalam tempoh tujuh (7) hari setelah "stamping" agreement. Bayaran ini adalah ketika peringkat permulaan pembinaan rangka konkrit tetulang bangunan (lantai).


9) Bayaran ketiga adalah 40% daripada harga Bangunan yang dibayar ketika peringkat pembinaan bahagian atas dimulakan.

11) Bayaran keempat adalah 10% daripada harga Bangunan sebagai bayaran akhir pada waktu milikan kosong (vacant possession) diberikan kepada Pelanggan.


Nota:
Rumah untuk 1 tingkat akan disiapkan dalam masa 3 bulan selepas pembayaran penuh manakala untuk rumah 2 tingkat akan disiapkan dalam masa 4 bulan dan syarikat berhak untuk membuat penambahan masa 1 bulan jika perlu.


12) Setelah rumah pelanggan siap dibina, pihak syarikat akan menyerahkan kunci kepada pemilik rumah.


13) Proses Tamat.




*********************CARA PEMBAYARAN*****************


Sebarang pembayaran deposit 10% dan Full Payment Ke account bank:
Name :HK EMPIRE CONSULTANCY & SERVICES
MAYBANK - 


           Pembayaran boleh dibuat secara:
  • On line
  • Bankers Cheque 

Selesai pembayaran:

*Sila email kan: bukti bayaran / resit bayaran deposit atau Full Payment.


************ PINJAMAN BANK / PEMBIAYAAN KERAJAAN*******

Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk membuat pinjaman bank atau Pembiayaan Kerajaan, tuan/puan dikehendaki:

1) Pembayaran Deposit tetap 10% daripada harga rumah yang hendak dibina

2) Urusan perjanjian menggunakan khidmat guaman adalah bawah tanggungjawab tuan/puan.

3) Urusan pemohonan ke bank atau pihak kerajaan adalah bawah urusan tuan/puan.






1 comment:

  1. Salam , saya nak bertanya, kalau untuk renovation rumah boleh ke? Rumah saya teres dua tingkat , unit tepi bertanah.

    ReplyDelete