Sunday, September 25, 2016

Rumah Teres TETAP MAHAL...... Walaupun Ekonomi Gawat


AMAT mengejutkan apabila kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.
Pendedahan oleh Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Wardini Mokhzani itu sangat membimbangkan memandangkan jumlah pendapatan bulanan khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak seiring dengan peningkatan harga rumah secara mendadak walaupun projek tersebut dibangunkan di sebuah pekan kecil.
Sebagai contoh sebuah rumah teres dua tingkat saiz 20 x 70 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini dijual dari (minimum) RM328,800 dan harga sebuah rumah teres setingkat saiz yang sama adalah dari (minimum) RM198,800.
Itu harga rumah di Batu kikir, cuba lihat pula projek-projek perumahan di sekitar bandar Seremban yang rata-ratanya rumah dua tingkat bersaiz 20 x 70 atau yang besar sedikit 22 x 80 adalah dalam lingkungan RM400,000 hingga RM700,000 iaitu bergantung kepada lokasi projek.
Dengan harga setinggi itu pemilik rumah terpaksa membayar ansuran bulanan antara RM1,800 sehingga RM2,500 selama 30 tahun. Cuba ba­yangkan berapakah baki gaji mereka setiap bulan selepas sebahagian besarnya digunakan untuk membayar ansuran rumah, dalam masa sama mereka juga terpaksa melunaskan pinjaman lain seperti kereta, pinjaman peribadi, bil-bil, nafkah keluarga dan persekolahan anak.
Sementara itu, bagi kategori rumah berkembar rata-rata harga yang ditawarkan di Seremban bermula daripada RM700,000 hingga ke jutaan ringgit dan rumah banglo pula kebanyakannya sudah melepasi harga RM1 juta hingga RM2 juta yang sememangnya sukar untuk dimiliki terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana.
Melihat harga rumah di Bandar Baru Bangi yang sebahagian besar penduduknya adalah dalam kalangan orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Peningkatan harga di lokasi ini cukup mendadak sehingga tiada rumah yang berharga RM350,000 ke bawah walaupun rumah tersebut merupakan sebuah rumah lama yang pada asalnya dibeli dalam sekitar RM60,000 sahaja.
Malah seorang rakan penulis yang tinggal di bandar itu memberitahu rumah teres dua tingkat yang didiaminya sekarang jika dinilai kini sudah melebihi RM500,000 berbanding harga asal yang dibeli sebelum ini (10 tahun lepas) cuma sekitar RM170,000.
Beliau turut memaklumkan rata-rata rumah di Bandar Baru Bangi telah mencecah jutaan ringgit terutama bagi kategori rumah berkembar dan banglo. Bagi sebuah rumah berkembar katanya, harganya dalam lingkungan RM1.7 juta yang hanya golongan berada sahaja mampu memilikinya dan jika ditinjau-tinjau berapa jumlah orang Melayu yang tergolong dalam kategori itu?
Sedangkan untuk memiliki sebuah rumah teres dua tingkat berharga melebih RM500,000 pun bukan mudah bahkan terpaksa berkongsi dengan pasangan yang bekerja bagi melayakkan pinjaman dibuat di bank-bank. Apatah lagi dengan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan terhadap pemohon pinjaman perumahan sebelum kelulusan diberikan.
Bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan ketika ini lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Ada seorang rakan penulis yang berusia sekitar awal 30-an membuat permohonan pinjaman perumahan bersama-sama isterinya, seorang pegawai sebuah badan berkanun untuk memiliki sebuah rumah pertama mereka berharga kira-kira RM400,000 tetapi malangnya ditolak. Jika diperhatikan secara zahir mereka berdua tiada masalah untuk membuat permohonan tersebut tetapi masing-masing tidak pula tahu sebab-sebab permohonan itu ditolak.
Lihat pula projek perumahan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, harga yang ditawarkan bagi penulis tidak akan mampu dimiliki oleh pegawai-pegawai kerajaan apatah lagi kakitangan bawahan kerana terlalu mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.
Rata-rata rumah yang dibina di Putrajaya harga minimum yang ditawarkan melebihi RM500,000, itu pun cuma sebuah apartment/ kondominium berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi (kps) dan harga sebegitu sukar untuk dimiliki oleh kakitangan serta pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana. Hanya pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Turus dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sahaja yang dilihat mampu memiliki hartanah seumpama itu.
Inilah realiti yang terpaksa dihadapi ekoran harga rumah terlalu mahal. Persoalannya, bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku?
Bercakap kepada Utusan Malaysia baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin, rata-rata pemaju yang terdiri daripada syarikat-syarikat gergasi tumpuan mereka adalah untuk mengejar keuntungan berbanding menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat.
“Sedangkan kos bagi membina sebuah rumah yang dijual pada harga RM200,000 hanyalah separuh daripada itu namun para pemaju sesuka hati menaikkan harga bagi memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda,” ujarnya.
Pandangan yang dilontarkan oleh Amir Hussin ini tidak harus dipandang sepi kerana kerakusan pemaju-pemaju demi mengejar keuntungan semata-mata telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
Menyentuh isu sama Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Datuk Dr. Muhyiddin Ramli menekankan berhubung keperluan menggubal undang-undang yang dapat mengawal harga rumah secepat mungkin supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Kata Muhyiddin, akta itu penting bagi membantu kerajaan menangani kenaikan harga rumah yang semakin melampau. Meskipun katanya, terdapat polisi yang menetapkan setiap projek perumahan perlu terdiri daripada 30 peratus kediaman kos rendah dan mampu milik namum polisi itu tidak mampu menangani isu kenaikan harga rumah kerana ia hanya berbentuk garis panduan.
“Ada pemaju yang sanggup tidak mengikut polisi walaupun terpaksa membayar penalti kerana keuntungan yang diperoleh mereka cukup tinggi,” kata Muhyiddin lagi.
Pandangan ini cukup berasas dan sesuatu perlu dilakukan terutama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang kenaikan rumah melampau daripada terus berlaku.
Apa pun langkah kerajaan membina sejuta rumah mampu milik (harga RM300,000 dan ke bawah juga berdasarkan lokasi) khusus untuk golongan sasar sehingga tahun 2018 adalah amat dialu-alukan. Antara Januari 2013 hingga Jun lalu sebanyak 17.1 peratus atau 194,456 rumah mampu milik siap dibina, diikuti 15.7 peratus atau 178,922 unit rumah masih dalam pembinaan dan 30.7 peratus atau 349,631 unit rumah pelbagai kini di peringkat perancangan.
Bagi golongan berpendapatan rendah pula mereka layak memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah-rumah murah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan negeri. Perlu juga dipastikan hanya permohonan golongan sasar dan mereka yang berkelayakan sahaja diterima berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jangan nanti golongan yang mahu membuat keuntungan diberikan pemilikan rumah seperti itu melalui pelbagai cara sama ada sah atau tidak dan jika itu yang berlaku sudah tentu amat mengecewakan.
Sekiranya isu ini tidak diambil perhatian, masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negara ini akan terus berlarutan dan paling malang sekali apabila generasi akan datang menjadi mangsa.

Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang. Mungkin sebuah apartment di Seremban boleh mencecah RM700,000 hingga RM 1juta. Mungkin pada masa itu kategori rumah teres sahaja melebihi RM1 juta manakala harga sebuah rumah berkembar dan banglo tidak tergambar pula harganya. Sehubungan itu langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik.
****Sumber Utusan Online***

Tuesday, September 6, 2016

Pelbagai Design Mahligai Dan Harga Menarik Sedang Menanti Anda

Assalam mualaikum,

Kepada tuan/puan yang bercadang untuk membina MAHLIGAI idaman di atas tanah sendiri, kami menawarkan pelbagai design dengan harga yang sangat menarik bermula dari RM 90K hingga 1.7M.


*******Jangan Berlengah lagi, sila hubungi @ 011-10692029 Atau terus berjumpa En Azli.******



Kami sedia berjumpa anda di mana sahaja Semenanjung Malaysia.

Untuk Sabah & Sarawak penambahan harga RM10K untuk kos pengangkutan.

Kepada pemaju-pemaju perumahan juga dialu-alukan demi menjayakan projek anda, kami sedia berkerjasama.




Wednesday, August 31, 2016

Tapak Rumah Mampu Milik

Tapak Rumah Mampu Milik

Serendah RM 75K, anda mampu memiliki Tapak Rumah:   
1)  Keluasan Minimum 5,000 kp – Geran berkongsi
a.    Berdekatan dengan bandar kecil (radious 5KM)
b.    Mempunyai kemudahan asas yang sediaada
c.    Mempunyai fasiliti seperti kedai, restoran, bank, sekolah, masjid/surau sediada
d.   Lokasi seperti Sepang, Banting, Semenyih, Hulu Langat, Rawang, Kuala Selangor.

2)  Keluasan Minimum 1 EKAR – Geran individu
a.    Sebagai persediaan awal tempat tinggal selepas persaraan
b.    Sebagai lokasi istirehat di hujung minggu
c.    Sebagai tempat riadah bersama keluarga
d.   Riadah berkebun dan menuai hasil sayuran dan buah-buahan
e.    Boleh jadikan sumber pendapatan dari projek pertanian
f.     Lokasi agak jauh dari bandar kecil (radius 30KM)

Cara pembayaran adalah TUNAI,
30% = Tempahan / Booking
30% = Semasa Tandatangan SPA (3 minggu selepas bayaran booking)
40% = Setelah mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk memasukan kesemua nama pembeli ke dalam satu (1) Geran.

Untuk keterangan lanjut sila Hubungi Azli 011-10692029 atau layari:

JUALAN KINI DI BUKA UNTUK TAPAK RUMAH
@ KG SALAK, SEPANG

5,000 kp = RM 85K sahaja

Tuesday, November 11, 2014

7 Cara Memanfaatkan Dana KWSP Anda

1.Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini hanya akan digunapakai kepada individu yang kehilangan upaya secara fizikal atau mental untuk terus bekerja. Doktor pakar, kedua-duanya datang sama ada dari hospital awam ataupun swasta  mestilah menilai ketidakupayaan individu dan menyediakan laporan , yang akan disertakan didalam borang permohonan. mestilah tidak berkerja untuk mengeluarkan dana KWSP.
Had Pengeluaran
Keseluruhan dana KWSP.
Maklumat Tambahan
  • Selain dari mengeluarkan keseluruhan dana KWSP , ahli juga layak untuk menerima RM 5000 sekali sahaja sebagai manfaat hilang upaya dari KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat disini
  • Sekiranya individu berkerja semula selepas memohon pengeluaran hilang upaya, dia perlu mencarum kembali berdasarkan kadar yang ditetapkan.
  • Ahli akan menerima dividen yang diumumkan pada tahun pengeluaran.



2. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini ditawarkan kepada individu yang ingin membiayai  pengajian peringkat lebih tinggi di institut yang disahkan Samada tempatan ataupun antarabangsa. Ianya sah untuk ahli dan anaknya. Tambahan, pengeluaran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan.
Kos yang ditanggung adalah yuran pengajian, kos penginapan dan pengeluaran menyelesaikan pinjaman pendidikan.
Had Pengeluaran
Yuran Pengajian atau seluruh Akaun 2 (Yang mana lebih rendah)
Maklumat Tambahan


3. Pengeluaran bagi pekerja yang berpencen dan Bersara pilihan.

Ahli KWSP yang masih berkerja di sektor awam dan layak untuk menerima pencen adalah layak untuk mengeluarkan dana melalui skim pengeluaran pekerja berpencen.
Pengeluaran Pilihan bersara pula membenarkan ahli yang ingin bersara awal dari sektor awam
Had Pengeluaran
Semua dana yang dicarum oleh ahli, termasuk dividen yang diperolehi , setelah ditolak dari dana yang disumbangkan oleh kerajaan kepada dana persaraan (Kumpulan Wang Amanah Persaraan).
Maklumat Tambahan
  • Berikutan pengeluaran pekerja berpencen, individu itu tidak lagi dikira sebagai ahli EPF setelah membuat seluruh pengeluaran dari simpanan. Jika dia dilantik semula dan dengan sektor swasta pada masa hadapan, dia perlu untuk menyumbang semula kepada KWSP dengan menggunakan nombor ahli yang sama.
  • Individu boleh memilih untuk terus mencarum walaupun selepas membuat pengeluaran dengan mengisi borang KWSP 6A (1). Kadar caruman yang ditetapkan adalah tidak kurang RM 50.00 dan tidak melebihi RM 5000.00 sebulan. Walaubagaimanapun, dana yang dicarum adalah dari gaji individu itu sahaja, dan majikan tidak perlu mencarum.


4. Pengeluran Untuk Pelaburan Ahli

Melalui skim ini, ahli dengan simpanan yang melebihi Akaun 1 simpanan asas sekurang-kurangnya RM 5000, boleh mengeluarkan 20% dari jumlah lebihan untuk dilaburkan kepada Fund Management Institution  yang disahkan oleh Kementerian Kewangan.
Jadual ini menunjukkan simpanan asas menurut umur ahli. Sila layari 


Had Pengeluaran
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan formula :
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

Maklumat Tambahan
  • Bergantung kepada simpanan ahli dalam akaun 1, pelaburan berikutnya hanya boleh dilakukan selepas 3 bulan dari transaksi sebelumnya.
  • Apabila dana pelaburan dijuala, dana dan keuntungan akan dipulangkan ke Akaun 1 ahli.
  • Ahli tidak dibenarkan untuk mengeluarkan dana dari pelaburan.
  • Dividen EPF akan dikira berdasarkan jumlah yang tinggal dalam Akaun EPF. Amaun yang dikeluarkan tidak dikira sebagai dana EPF.
  • Tidak ada caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui FMI.

5. Pengeluaran bagi Dana Melebihi RM 1 Juta

Pengeluaran ini membenarkan untuk ahli mengeluarkan simpanan sekiranya baki sekurang-kurangnya RM 1.05 Juta
Had Pengeluaran
Tidak kurang dari RM 50,000 dari akaun 2. Jika tidak mencukupi ,baki dari akaun 1 akan diambil.
Maklumat Tambahan
  • Jumlah simpanan mestilah dalam bentuk tunai sahaja didalam EPF dan tidak termasuk amaun pelaburan dibawah pengurus dana bertauliah.
  • Pengeluaran hanta boleh dilakukan setiap 3 bulan, dan permohonan baru mesti dikemukakan bagi setiap kali urusan.

6. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran bagi tujuan kesihatan membenarakan ahli mengeluarkan amaun dari akaun 2 untuk membayar perbelanjaan rawatan kesihatan bagi penyakit yang kritikal DAN/ATAU untuk membeli peralatan kesihatan, seperti yang diluluskan oleh Lembaga KWSP, untuk kegunaan sendiri ataupun ahli keluarga yang dibenarkan.
Had Pengeluaran
Kos sebenar bagi rawatan ataupun seluruh akaun 2 ( Yang mana lebih rendah)
Maklumat Tambahan


7.Pengeluaran Haji

Mulai tahun 2013, ahli dibenarkan mengeluarkan caruman dari akaun 2 untuk menunaikan ibadah haji. Amaun yang dibenarkan adalah untuk menanggung kos asas , dan bukanlah keseluruhan kos ibadah. Ini bertujuan untuk pengeluaran haji tidak akan mengganggu simpanan persaraan.
Untuk layak menggunakan skim ini, salah satu syarat ini mestilah dipenuhi:
  • Berusia dibawah 55 tahun, menerima surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan status ‘DIPILIH’.
  • Ahli dengan kekurangan baki simpanan dalam LTH.
Had Pengeluaran
Ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan pada jumlah yang mana lebih rendah dari dua kaedah:
  • Simpanan Ahli di LTH : Jumlah kos ibadah haji <RM 3000
  • Baki Akaun 2
Jumlah kos keseluruhan , seperti ditetapkan oleh LTH , bergantung kepada tahun semasa. Buat masa sekarang, bagi peserta haji kali pertama, kos adalah RM 9,980. Dinyatakan bahawa kos yang disubsidikan (RM 6175) oleh LTH bagi peserta kali pertama. Subsidi ini tidak ditawarkan kepada ahli yang telah menunaikan haji.

Maklumat Tambahan
  • Pengeluaran KWSP bagi menunaikan Haji ditawarkan hanya sekali kepada semua ahli


Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara bagi pengeluran KWSP yang kurang diketahui. Adalah penting untuk merencana sebelum mengeluarkan wang simpanan dari akaun KWSP. Simpanan ini mungkin akan berguna pada masa hadapan. Untuk senarai perkhidmatan KWSP boleh dirujuk di laman web KWSP.

Monday, November 10, 2014

Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan

Pada Q3 2013 , Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan garis panduan baru kepada bank-bank mengenai pembiayaan semula gadai janji. Sebelum ini , sesiapa sahaja boleh membiayai semula rumah mereka dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun. Di bawah garis panduan baru , apa-apa wang tunai yang dikeluarkan daripada jumlah pembiayaan semula akan dihadkan tempoh bayaran balik 10 tahun. Ramai orang kini bertanya, bolehkah seseorang mengelakkan daripadanya?

Garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha BNM untuk mengurangkan jumlah hutang dalam ekonomi, dan juga menyejukkan aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah yang didorong oleh pinjaman pembiayaan semula.

Kesan garis panduan

Sebelum ini, anda boleh membiayai semula rumah anda sehingga 90% daripada nilai pasaran. Jumlah wang tunai boleh digunakan untuk sebarang tujuan. Ini termasuk pelaburan dalam hartanah dan rumah. Amalan sebegini biasa di kalangan pelabur hartanah bersiri. Tempoh pinjaman maksimum mengikut garis panduan yang ada untuk pinjaman perumahan iaitu 35 tahun.
Andaikan rumah bernilai RM400,000, baki tertunggak pinjaman perumahan adalah RM150,000, kadar faedah pada 4.6% dan margin of finance adalah 90% daripada nilai pasaran.

Contoh pengiraan pembiayaan semula di bawah kaedah-kaedah lama :
  Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
  Tunai Daripada Jumlah = RM210,000  Jumlah Refinance = RM360,000  Tempoh = Max 35 tahun  Jumlah Ansuran Bulanan = RM1,726.09


Contoh pengiraan mengikut garis panduan terbaru:
  Tempoh = Max 35 tahun

  Ansuran Bulanan = RM719.20
  Tempoh = Max 10 tahun
  Ansuran Bulanan = RM2,186.54
  Jumlah Ansuran Bulanan
  = RM719.20 + RM2,186.64
  = RM2,905.84

  Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
  Tunai Daripada Jumlah = RM210,000
  Jumlah Refinance = RM360,000
Ia merupakan perbezaan sebanyak RM1,179.75 sebulan!

Adakah kesan lain?
Selain itu, garis panduan yang baru ini akan mengakibatkan kemunculan semula pinjaman perumahan dengan kemudahan overdraf yang popular pada suatu masa yang dahulu sebelum kemunculan pinjaman Full Flexi.

Saturday, November 8, 2014

Bagaimanakan GST akan Mempengaruhi Harga Rumah & Pasaran Hartanah?

Dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, ramai rakyat Malaysia prihatin dengan kesannya terhadap harga. Ia adalah tidak dapat dinafikan bahawa harga hartanah kediaman juga akan dipengaruhi. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana harga hartanah kediaman akan dipengaruhi oleh GST pada masa depan.
Untuk menilai kesan GST terhadap harga rumah (atau hartanah kediaman) secara lebih tepat, ia adalah penting untuk memahami bagaimana GST dilaksanakan (Klick di sini untuk penjelesan yang lebih terperinci dan mudah difahami mengenai bagaimana GST berfungsi di Malaysia). Selain daripada GST, kita mestilah juga mempunyai kefahaman tentang Cukai Jualan, di mana ia merupakan skim cukai kini yang mempengaruhi sektor hartanah. GST akan menggantikan Cukai Jualan pada April 2015.

Skim Cukai ke atas Harga Hartanah Kediaman – Persamaan

Kita perlulah mengenal pasti persamaan antara kedua –dua skim cukai ini sebelum membuat bandingan.
Persamaan antara GST dan Cukai Jualan kini adalah tiada cukai dikenakan atau akan dikenakan terhadap pengguna dalam pembelian rumah/hartanah kediaman. Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (tetapi sila mengambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap pengguna sekirannya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”).
Walau bagaimanapun, dalam proses pembuatan produk akhir ini (juga dikenali sebagai peringkat input dalam istilah cukai). Di bawah kedua-dua skim cukai ini, pemaju akan dikenakan cukai semasa pembelian input dan bahan-bahan mentah mereka. Dan ini menyebabkan perbezaan mula menjadi jelas antara kedua-dua skim cukai ini. Kadar cukai untuk input dan bahan-bahan adalah berbeza antara GST dan Cukai Jualan

Cukai Jualan vs GST ke atas Hartanah Kediaman – Perbezaan

Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan. Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.
Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini mestilah akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.
Jika anda memahami bagaimana GTS dilaksanakan, kebanyakannya, kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar). Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir – Pemaju. Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan.
Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman. Walau bagaimanpun, seseorang itu tidak patut terlalu gembira untuk pekara ini. Ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secra tersirat.

Sebelum & Selepas GST – Perbandingan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara kos sesebuah hartanah yang baru sebelum dan selepas GST. Cukai dan kos tertentu yang terlibat dalam jualan kepada pengguna akhir telahpun diringkaskan untuk tujuan perbandingan ini. Selain itu, satu andaian juga dibuat bahawa pemaju adalah mampu untuk memindahkan 100% cukainya kepada pengguna melalui harga jualan.

Contoh di atas menunjukkan harga hartanah kediaman yang baru telah meningkat sebanyak 3.41% selepas pelaksanaan GST. Namun, terdapatnya satu kelebihan bagi hartanah kediaman.
Secara keseluruhan, hartanah kediaman yang baru mempunyai peningkatan bebanan cukai yang lebih rendah berbanding dengan Hartanah Komersil yang merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”. Ini disebabkan bahawa pemaju bagi hartanah kediaman mungkin hanya akan memindahkan sebahagian dan bukan seluruh kenaikan kos cukainya ke dalam harga jualan akhir.
Kelemahan pada hartanah kediaman adalah penetapan harga untuk hartanah komersil akan lebih telus (Harga Jualan + GST), manakala harga hartanah kediaman yang baru akan melambung. Ini, kemudiannya,  pastilah akan mempunyai kesan tidak langsung terhadap harga hartanah kediaman yang di pasaran sekunder.
Kesimpulan
Sebagai pembeli rumah/hartanah kediaman, ia adalah penting untuk mengetahui apakah kesan bagi pelaksanaan GST terhadap harga hartanah kediaman pada masa depan. Jika anda terlangkau keseluruhan artikel ini, sini adalah semua pandangan utama tentang artikel ini:
1) Dengan pelaksanaan GST, ia akan mempunyai peningkatan sekali bagi harga hartanah
2) Walaupun pemaju tidak dapat mengenakan GST kepada pembeli rumah, namun mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat
3) Secara umumnya, kenaikan harga untuk hartanah kediaman baru akan lebih rendah berbanding dengan hartanah komersil baru
4) Hartanah kediaman yang di pasaran sekunder juga akan menerima kesan tidak langsung dalam harganya.                                  
Melengkapi diri dengan ilmu ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai bilakah patut membeli rumah anda.